Thursday, July 30, 2009

sinar pelangi???

Bila kita nampak pelangi Ramai yang akan kata pelangi itu indah Memang pelangi itu indah Namun bagi aku Pelangi aku lebih dari itu Pelangi aku pelangi indah, cantik, menawan, mendamaikan, menyeronokkan, membuai perasaan, mengubati, merawati, mengasihi, menyayangi, memahami Pelangi aku sentiasa disisi aku ketika susah dan senang, duka dan suka Setiap masa sentiasa bersama Sentiasa bersinar dan berwarna Memberi semangat untuk aku teruskan kehidupan Kini pelangi aku semakin pudar Pelangi ini bukanlah pelangi yang pertama yang pudar dari penglihatan ku Tapi aku dapat rasakan itulah pelangi yang terakhir muncul dalam hidup ku Kerana tidak mungkin pelangi lain akan muncul untuk aku Pelangi pelangi yang pernah muncul dalam hidup ku Memberi kegembiraan dalam hidup ku Pelangi ini hadir setelah aku berikan hujan dan matahari Aku jaga agar sentiasa bersemangat dan bewarna Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan aku Tapi mereka tinggalkan aku setelah menemui sumber hujan dan matahari yang baru Dan aku tidak pernah bersedih untuk itu kerana itulah ketentuan merekaAku masih mengharapkan pelangi pelangi itu muncul kembali Menemani satu pelangi yang tidak mahu meninggalkan ku Kerana ia kasihan melihat aku yang berputus asa dalam mencari pelangiTerima kasih kerana menemani ku Terima kasih kerana tidak menghilang seperti yang lain Ketika saat aku lemah dan hampir hilang kuasa Muncul satu pelangi baru Ia muncul selepas aku tangiskan hujan dan matahari selepas aku memadu kasih pada pelangi yang tinggal Aku sayangkan dua pelangi yang ada kini tapi masih mengharapkan agar pelangi pelangi yang lain muncul kembaliNamun aku kasihan pada pelangi baru ini Akibat kuasa ku yang lemah Akibat sakit ku yang tidak terubat Akibat derita yang tak mampu ku usir Aku tidak memberikan ia cukup hujan dan matahari agar ia sentiasa segar dan bewarnaSeringkali aku gagahkan diri untuk mencurahkan hujan Acapkali aku semangatkan diri untuk menyinarkan matahari Setiap kali aku berusaha kuasa aku semakin lemah Daya aku semakin kurangPelangi lama rasa terpinggir dan kecewa kerana aku tidak cukup berusaha untuk terus berkuasa Ia menggugut meninggalkan kuPelangi baru rasa tertipu dan terpedaya kerana aku tiada kuasa untuk menggembirakannya Ia melabelkan aku sebagai pembohongAku tidak salahkan semua pelangi yang muncul Aku gembira dengan kehadiran mereka Bagi aku Pelangi yang bewarna warni itulah kuasa ku Mereka memberi pengalaman kepada kuMereka memberi semangat kehidupan kepada ku Merekalah roh akuPemergian mereka membawa bersama kuasa dan roh ku Pelangi lama yang tinggal sekadar membuat aku bertahan sebentar Pelangi baru yang muncul tidak memberikan aku cukup tenagaMaka Jika pelangi pelangi ku pudar warnanya Jika pelangi lama mahu meninggalkan ku Jika pelangi baru mahu mengatakan aku pembohong Aku redhaKerana aku telah bersedia untuk menemui pencipta ku Kerana aku amat rindu pada syafaat kekasih-NyaBersama kata kata pelangi ku Membangkitkan rasa kerinduan ku pada Pencipta ku dan kekasih Nya Lalu Dia mengajak ku kerumahNyaOleh itu Maafkanlah segala kesilapan, kesalahan, kekurangan, kebatilan aku Wahai pelangi pelangi ku Aku cuma hambaNya yang rindu padaNya Andai kata roh ku kembali kepada ku Andai kata kuasa ku pulang kepada ku Andai kata Pencipta ku membenarkan kepulangan ku Akan kita berjumpa lagiPelangi pelangi ku Tinggalkanlah aku Carilah hujan dan matahari di tempat baru Semoga kalian lebih gembira Daripada bersama ku yang penuh derita sengsara Aku redha walaupun kau memahami ku atau tidak mengerti diri ku Semuanya lumrah kehidupan hanya memandang kepada zahirnya sahajaSelamat tinggal